Saya telah mengambil citra literasi maklumat pada sem ini yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Sri Lanang. Citra ini telah mengajar banyak perkara tentang sistem yang digunakan oleh perpustakaan tersebut untuk kegunaan pelajar. Citra ini juga telah memberi saya peluang untuk merasai pekerjaan yang dilakukan dalam perpustakaan tersebut. Saya telah ditugaskan dibawah unit Arab dan Tamadun Islam. Pada hari rabu yang lepas, saya telah melakukan praktikal untuk citra ini di Perpustakaan Tun Sri Lanang.
Berikut merupakan saya ketika melakukan praktikal di unit Arab dan Tamadun Islam. Saya telah mempelajari cara menggunakan sistem i-Huda yang merupakan sistem di belakang tadbir sistem e-gemilang.

No comments:
Post a Comment