Wednesday, 28 March 2018

Baru tahu hahahaha

Baru tahu rak berwarna merah ni tempat untuk letak buku yang berkod nombor yang berlainan daripada rak yang diletakkan. Sebenarnya benda ini akan memudahkan pustakawan untuk memugut buku yang mempunyai kod yang berlainan ataupun buku yang sepatutnya diletakkan di rak yang lain.

Latihan Praktikal Kali Ke Dua

Jejaka berkenaan merupakan saya yang sedang serabut mencari kedudukan buku yang betul hahaha. Gambar ini diambil pada minggu lepas semasa sesi latihan praktikal ke dua saya di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM

Thursday, 15 March 2018

Statistik Lagi !


Ini merupakan gambar latihan statistik yang saya lakukan. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Jadi saya sedang usaha untuk menyukai subjek ini hahaha

Citra Literasi Maklumat.


Saya telah mengambil citra literasi maklumat pada sem ini yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Sri Lanang. Citra ini telah mengajar banyak perkara tentang sistem yang digunakan oleh perpustakaan tersebut untuk kegunaan pelajar. Citra ini juga telah memberi saya peluang untuk merasai pekerjaan yang dilakukan dalam perpustakaan tersebut. Saya telah ditugaskan dibawah unit Arab dan Tamadun Islam. Pada hari rabu yang lepas, saya telah melakukan praktikal untuk citra ini di Perpustakaan Tun Sri Lanang.


Berikut merupakan saya ketika melakukan praktikal di unit Arab dan Tamadun Islam. Saya telah mempelajari cara menggunakan sistem i-Huda yang merupakan sistem di belakang tadbir sistem e-gemilang.

Kelas Statistik !


Saya rasa subjek yang paling tough pada sem ini ialah statistik hahahahaha. Sebab saya merupakan pelajaran form 6 dan tidak mengambil aliran matematik pada ketika ini. Benda ni buatkan saya kena ingat balik pelajaran masa form 4 dan form 5 dan semestinya matapelajaran addmath yang saya belajar dahulu saya sudah tidak ingat hahahahaha........

Berikut merupakan pensyarah bagi kelas statistik saya iaitu Prof Madya Dr. Basri bin Abduk Talib

Today Class !

Kelas saya pada hari ini ialah kelas Asas Keusahawan dan Inovasi. Beriku merupakan gambar pensyarah bagi mata pelajaran ini iaitu Prof. Madya Datin Dr. Nor Liza Binti Abdullah. Pengajaran daripada beliau amatlah menarik yang mempunyai pelbagai input tentang perniagaan dan kekreatifan untuk mewujudkan sesuatu produk.

Tuesday, 6 March 2018

Vamos Kajai


Gambar ini diambil semasa majlis penutupan SUKEM berlaku di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka merupakan antara ahli-ahli Vamos Kajai yang ditubuhkan untuk menyokong team sukem Kolej Rahim Kajai ketika bertanding.

Hello !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! This is my first time writing a blog ! and i am so excited ! Saya merupakan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dan blog ini merupakan satu tugasan untuk subjek aplikasi komputer.
 

Ini merupakan seluruh keluarga saya dan gambar ini diambil pada tahun lepas di majlis graduasi abang saya di UITM Shah Alam.

Sekolah kebanggaanku

Gambar tu sebenarnya gambar bangunan form 6 sekolah saya dahulu iaitu SMK Bandar Tenggara. Bangunan berkenaan sangat buruk dan lama. Sela...