Gambar tu sebenarnya gambar bangunan form 6 sekolah saya dahulu iaitu SMK Bandar Tenggara. Bangunan berkenaan sangat buruk dan lama. Selalu cikgu-cikgu cakap bangunan tu luar je buruk tapi dalam kondo. Ternyata perkara itu hanyalaa dusta semata-mata hahaha. Tapi dekat bangunan tu la saya belajar jadi manusia, saya belajar erti kerja keras tu macam mana dan orang-orang di dalam bangunan berkenaan juga la yang buat saya berjaya dan mampu menyambung pelajaran saya di UKM hari ini. Orang-orang hebat dalam bangunan tu la yang membuatkan batch saya dapat keputusan STPM 2016 cemerlang kelapan di Malaysia
Tuesday, 22 May 2018
Rock 90's
ni gambar haritu masa dinner kolej kat Dtams hahaha. Tema dinner Rock 90's rasa-rasa rock tak kami hahahaha. Seronok jugaklaa masa tu sebab ada Datuk Yusuf Haslam dengan sarjan misai gerak-gerak khas tu. Adalah rasa jakun sikit sebab first time jumpa depan-depan. Yang paling best artis jemputan untuk buat persembahan Ameng. Rasalah juga zaman rock dulu sikit kahhhhh !
TTC Gaming
TTC Gaming merupakan satu page di facebook dimana page itu menyediakan live gaming pada setiap hari. Melihat page gaming seperti page berkenaan merupakan rutin harian para-para gamers seperti saya sendiri. Saya suka tengok live stream dekat page berkenaan sebab streamer dia suka buat lawak ketika bermain game dengan rakannya. So benda tu saya rasa satu tarikan untuk orang tengok stream dia. Takdelah terlampau boring ataupun serius ketika main game.
Team Favourite !
Logo tu sebenarnya logo team favourite saya dalam perlawanan mobile legends iaitu team saiyan. Team saiyan ni dah banyak kali mewakili Malaysia untuk perlawanan game mobile legends dan mereka juga banyak kali menjuarai tournament dalam negara dan luar negara. Tony Fernandes juga mengakui tau talent diorang nanti sampaikan AirAsia sponsor team ni. Hebatkan diorang ni daripada sekadar hobby main game boleh jadi pekerjaan diorang. Masyuk tak masyuk duit tu hahahaha
Semester 2
Banyak juga yang berlaku sepanjang semester 2 ni dan saya rasa sem 2 ni amatlah busy. Banyak assignment-assignment yang perlu disiapkan sampaikan sampai weeks 14 ni pon belum siap lagi hahaha. Baru tahu kehidupan mahasiswa macam mana sebab masa sem 1 saya tak rasa busy sangat pon kihkih. Takpelah orang kata bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian In Shaa Allah da graduade nanti senang cari kerja aminnnn.
Favourite Hobby
Hobi kegemaran saya ialah bermain game. Tidak kesah sama ada game PC ataupun game mobile, Dan game kegemaran saya ialah mobile legends.
Final Exam !
berikut merupakan jadual final exam saya. Tinggal lagi kurang seminggu sahaja lagi sebelum final bermula dan saya sangat tidak sedia lagi hahaha. Yang paling mengecewakan saya adalah tarikh final paper adalah pada 11hb. Itu bermakna saya akan balik raya lewat pada tahun ini kwang kwang kwang.
Menteri Pendidikan Baru
Tahniah diucapakan kepada YB Dr Maszlee Malik atas pelantikan sebagai Menteri Pendidikan kerajaan baru. Saya berasa tidak sabar untuk mengetahui apa pembaharuan ataupun perancangan beliau untuk pendidikan negara Malaysia ini kelak.
Sungai Gabai
Mase ni konvoi pergi ke Air Terjun Sungai Gabai. Mase pergi tu rasa lama nak sampai sebab lalu jalan pendalaman. Rupa-rupanya dekat je kalau lalu highway hahaha. Apepun best sebab pergi dengan kengkawan.
Monday, 14 May 2018
Infinity War
Kebanyakkan Avenger da mati dengan jadi abu ? Siapa nak selamatkan dunia selepas ini ? Adakah Ultraman akan kembali ? ataupun doraemon ? saya pon taktahu ? kene tunggu tahun depan Infinty War Part 2 laa jawabnyeee hahahahaha
Wednesday, 11 April 2018
Badluck hahaha
Gambar diatas merupakan gambar kereta saya yang telah dilanggar oleh manusia yang tidak diketahui asal usulnya hahahaha. Kejadian ini telah berlaku di kawasan parking Aeon Mall. Apa yang pelik disini ialah bagaimana kereta exora yang berat berkenaan boleh tergalih sebegitu rupa dan telah menghimpit dan melanggar kereta di parking sebelah berkenaan. Adakah iainya dilanggar oleh bajak ? ataupun lori ? ianya masih menjadi tanda tanya hahahahaha. Dan untuk maklumat ada semua si pelaku kemalangan berkenaan tlah melarikan kan diri mujur ada saksi tampil memberi nombor flat kereta berkenaan alhamdullilah....
Wednesday, 28 March 2018
Baru tahu hahahaha
Baru tahu rak berwarna merah ni tempat untuk letak buku yang berkod nombor yang berlainan daripada rak yang diletakkan. Sebenarnya benda ini akan memudahkan pustakawan untuk memugut buku yang mempunyai kod yang berlainan ataupun buku yang sepatutnya diletakkan di rak yang lain.
Latihan Praktikal Kali Ke Dua
Jejaka berkenaan merupakan saya yang sedang serabut mencari kedudukan buku yang betul hahaha. Gambar ini diambil pada minggu lepas semasa sesi latihan praktikal ke dua saya di Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM
Thursday, 15 March 2018
Statistik Lagi !
Ini merupakan gambar latihan statistik yang saya lakukan. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Jadi saya sedang usaha untuk menyukai subjek ini hahaha
Citra Literasi Maklumat.
Saya telah mengambil citra literasi maklumat pada sem ini yang telah dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Sri Lanang. Citra ini telah mengajar banyak perkara tentang sistem yang digunakan oleh perpustakaan tersebut untuk kegunaan pelajar. Citra ini juga telah memberi saya peluang untuk merasai pekerjaan yang dilakukan dalam perpustakaan tersebut. Saya telah ditugaskan dibawah unit Arab dan Tamadun Islam. Pada hari rabu yang lepas, saya telah melakukan praktikal untuk citra ini di Perpustakaan Tun Sri Lanang.
Berikut merupakan saya ketika melakukan praktikal di unit Arab dan Tamadun Islam. Saya telah mempelajari cara menggunakan sistem i-Huda yang merupakan sistem di belakang tadbir sistem e-gemilang.
Kelas Statistik !
Saya rasa subjek yang paling tough pada sem ini ialah statistik hahahahaha. Sebab saya merupakan pelajaran form 6 dan tidak mengambil aliran matematik pada ketika ini. Benda ni buatkan saya kena ingat balik pelajaran masa form 4 dan form 5 dan semestinya matapelajaran addmath yang saya belajar dahulu saya sudah tidak ingat hahahahaha........
Berikut merupakan pensyarah bagi kelas statistik saya iaitu Prof Madya Dr. Basri bin Abduk Talib
Today Class !
Kelas saya pada hari ini ialah kelas Asas Keusahawan dan Inovasi. Beriku merupakan gambar pensyarah bagi mata pelajaran ini iaitu Prof. Madya Datin Dr. Nor Liza Binti Abdullah. Pengajaran daripada beliau amatlah menarik yang mempunyai pelbagai input tentang perniagaan dan kekreatifan untuk mewujudkan sesuatu produk.
Tuesday, 6 March 2018
Vamos Kajai
Gambar ini diambil semasa majlis penutupan SUKEM berlaku di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia. Mereka merupakan antara ahli-ahli Vamos Kajai yang ditubuhkan untuk menyokong team sukem Kolej Rahim Kajai ketika bertanding.
Hello !
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua ! This is my first time writing a blog ! and i am so excited ! Saya merupakan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia dan blog ini merupakan satu tugasan untuk subjek aplikasi komputer.
Subscribe to:
Comments (Atom)
Sekolah kebanggaanku
Gambar tu sebenarnya gambar bangunan form 6 sekolah saya dahulu iaitu SMK Bandar Tenggara. Bangunan berkenaan sangat buruk dan lama. Sela...
-
Saya rasa subjek yang paling tough pada sem ini ialah statistik hahahahaha. Sebab saya merupakan pelajaran form 6 dan tidak mengambil alir...
-
Baru tahu rak berwarna merah ni tempat untuk letak buku yang berkod nombor yang berlainan daripada rak yang diletakkan. Sebenarnya benda ...

















