Tuesday, 22 May 2018

Sekolah kebanggaanku

Gambar tu sebenarnya gambar bangunan form 6 sekolah saya dahulu iaitu SMK Bandar Tenggara. Bangunan berkenaan sangat buruk dan lama. Selalu cikgu-cikgu cakap bangunan tu luar je buruk tapi dalam kondo. Ternyata perkara itu hanyalaa dusta semata-mata hahaha. Tapi dekat bangunan tu la saya belajar jadi manusia, saya belajar erti kerja keras tu macam mana dan orang-orang di dalam bangunan berkenaan juga la yang buat saya berjaya dan mampu menyambung pelajaran saya di UKM hari ini. Orang-orang hebat dalam bangunan tu la yang membuatkan batch saya dapat keputusan STPM 2016 cemerlang kelapan di Malaysia


Rock 90's

ni gambar haritu masa dinner kolej kat Dtams hahaha. Tema dinner Rock 90's rasa-rasa rock tak kami hahahaha. Seronok jugaklaa masa tu sebab ada Datuk Yusuf Haslam dengan sarjan misai gerak-gerak khas tu. Adalah rasa jakun sikit sebab first time jumpa depan-depan. Yang paling best artis jemputan untuk buat persembahan Ameng. Rasalah juga zaman rock dulu sikit kahhhhh !

TTC Gaming

TTC Gaming merupakan satu page di facebook dimana page itu menyediakan live gaming pada setiap hari. Melihat page gaming seperti page berkenaan merupakan rutin harian para-para gamers seperti saya sendiri. Saya suka tengok live stream dekat page berkenaan sebab streamer dia suka buat lawak ketika bermain game dengan rakannya. So benda tu saya rasa satu tarikan untuk orang tengok stream dia. Takdelah terlampau boring ataupun serius ketika main game.

Team Favourite !

Logo tu sebenarnya logo team favourite saya dalam perlawanan mobile legends iaitu team saiyan. Team saiyan ni dah banyak kali mewakili Malaysia untuk perlawanan game mobile legends dan mereka juga banyak kali menjuarai tournament dalam negara dan luar negara. Tony Fernandes juga mengakui tau talent diorang nanti sampaikan AirAsia sponsor team ni. Hebatkan diorang ni daripada sekadar hobby main game boleh jadi pekerjaan diorang. Masyuk tak masyuk duit tu hahahaha

Semester 2

Banyak juga yang berlaku sepanjang semester 2 ni dan saya rasa sem 2 ni amatlah busy. Banyak assignment-assignment yang perlu disiapkan sampaikan sampai weeks 14 ni pon belum siap lagi hahaha. Baru tahu kehidupan mahasiswa macam mana sebab masa sem 1 saya tak rasa busy sangat pon kihkih. Takpelah orang kata bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian In Shaa Allah da graduade nanti senang cari kerja aminnnn.

Favourite Hobby

Hobi kegemaran saya ialah bermain game. Tidak kesah sama ada game PC ataupun game mobile, Dan game kegemaran saya ialah mobile legends.

Final Exam !

berikut merupakan jadual final exam saya. Tinggal lagi kurang seminggu sahaja lagi sebelum final bermula dan saya sangat tidak sedia lagi hahaha. Yang paling mengecewakan saya adalah tarikh final paper adalah pada 11hb. Itu bermakna saya akan balik raya lewat pada tahun ini kwang kwang kwang.

Menteri Pendidikan Baru

Tahniah diucapakan kepada YB Dr Maszlee Malik atas pelantikan sebagai Menteri Pendidikan kerajaan baru. Saya berasa tidak sabar untuk mengetahui apa pembaharuan ataupun perancangan beliau untuk pendidikan negara Malaysia ini kelak.

Sungai Gabai

Mase ni konvoi pergi ke Air Terjun Sungai Gabai. Mase pergi tu rasa lama nak sampai sebab lalu jalan pendalaman. Rupa-rupanya dekat je kalau lalu highway hahaha. Apepun best sebab pergi dengan kengkawan.

Monday, 14 May 2018

Infinity War

Kebanyakkan Avenger da mati dengan jadi abu ? Siapa nak selamatkan dunia selepas ini ? Adakah Ultraman akan kembali ? ataupun doraemon ? saya pon taktahu ? kene tunggu tahun depan Infinty War Part 2 laa jawabnyeee hahahahaha

Sekolah kebanggaanku

Gambar tu sebenarnya gambar bangunan form 6 sekolah saya dahulu iaitu SMK Bandar Tenggara. Bangunan berkenaan sangat buruk dan lama. Sela...